Lavender Online

Switch to desktop Register Login

Set penjagaan muka Perfect Skin Treatment Sendayu Tinggi

Rating: Not Rated Yet Manufacturer: Sendayu Tinggi PrintEmail
Perfect Skin Treatment Cleanser Sendayu Tinggi
Price:
Sales price: RM 172.00

Description

Inovasi Penemuan kecantikan emas 24k dan stem sel.

Teknologi terkini menemui kebaikan stem sel epal di dalam memperbaiki kerosakan dan penuaan kulit lebih berkesan berbanding kolagen atau vitamin c mahupun hyaluric asid. Kehebatan emas juga diakui dan banyak digunakan di dalam rawatan salun untuk mendapatkan kulit gebu segera. Namun, kos rawatannya yang mahal membuatkan penggunaannya terhad. 

Kesan seawal 3 -7 hari dan selamat. Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali berjerawat serius.  

Mampu menyelesaikan masalah kulit berikut: 

  • kulit tua , kendur dan berkedut
  • parut jerawat, tona tidak sekata
  • jeragat, wajah berbelak dan mengelupas
  • kulit wajah berlubang akibat luka jerawat

Set Perfect Skin Treatment ini mengandungi:

1. Perfect Skin Treatment Cleanser 60ml

Gel pembersih wajah daripada stem sel epal dan aloe vera membantu mengembalikan keanjalan kulit, anti kedut, melicin dan memudarkan cela. Sapukan buih pada wajah dan urut selama 10 saat. Bilas sehingga bersih.

2. Perfect Skin Treatment Toner 60ml

Penyegar untuk wajah lebih cerah, mengurangkan kedutan, mengecilkan liang pori, meredakan kulit bermasalah serta mempercepatkan proses pemulihan kulit luka atau rosak. Sapu pada wajah hingga meresap sepenuhnya. 

3. Perfect Skin Treatment Whitening Serum 15ml

Serum pemutih untuk mencerahkan kulit, melawan penuaan, kedutan, meransang pembentukan kolagen dan pembaharuan sel-sel kulit baru. Titik pada keseluruhan wajah dan biar kering. Gunakan pada waktu siang dan malam. 

4. Perfect Skin Treatment Night Mask 30ml

Masker daripada stem sel epal, emas 24k dan minyak zaitun bertindak memperbaiki struktur kulit agar tegang dan anjal. Mencerah, melembap dan mengurangkan pengelupasan kulit. Mengecilkan liang pori dan memberi efek kulit lebih sihat serta licin pada keesokan harinya. Sapu pada wajah dan leher selepas Perfect Skin Treatment Whitening Serum. Guna pada waktu malam sahaja. Tidak perlu dibilas dengan air.

PERHATIAN!

  • Jika kulit timbul alahan seperti naik ruam, sila hentikan penggunaan serum dan night mask selama 2 minggu. Sambung semula selepas alahan surut.
  • Jika kulit sensitif/nipis, sapukan toner secara tipis.
  • Sapukan serum lebih tebal di kawasan yang berjeragat
  • night mask sesuai disapu di bawah mata bagi atasi masalah lingkaran gelap.
  • Simptom awal pengguna akan merasakan seperti gatal dalam 10 saat selepas sapu serum. Ini kerana ia menanggalkan sel kulit mati.
  • Sesuai dipakai tanpa mengira usia.
  • Bagi yang berkulit jerawat, pakai oily & acne set untuk surutkan jerawat terlebih dahulu sebelum menggunakan Perfect Skin Treatment. 

 Boleh dibeli secara berasingan. 

Copyright© Lavender Online™ 2006-2013. All rights reserved.

Top Desktop version